AM

PM akan kupas isu-isu PKP dalam program khas di RTM dan BERNAMA esok

76

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan muncul di dalam Program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama-sama YAB Perdana Menteri yang akan disiarkan pada 9 malam esok di saluran RTM dan BERNAMA.

Mengikut laporan BERNAMA, selain dari usaha-usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19, program khas tersebut turut akan menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bernama TV juga akan menyiarkan siaran ulangan temu bual eksklusif itu pada 2 pagi, 8 pagi dan 4 petang Isnin (24 Mei), 12 tengah malam Selasa (25 Mei) serta 9.30 pagi dan 5 petang Rabu (26 Mei).

Siaran Bernama TV boleh diikuti di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, Live Facebook & Youtube Bernama TV.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...