22 Mei 2021 – Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah melancarkan Tabung Muafakat Palestin yang bermuka pada Jumaat 21 Mei 2021 sebagai inisiatif terkini parti tersebut dalam membantu perjuangan rakyat Palestin.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad bin Maslan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Presiden Parti iaitu Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah bersetuju untuk tabung tersebut ditubuhkan. Katanya lagi nama muafakat dipilih sebagai melambangkan muafakat ahli UMNO dan rakyat Malaysia untuk membantu permuafakatan perjuangan Palestin yang berpanjangan berhadapan penjajahan dan kezaliman rejim Israel.
“Presiden UMNO menyebut “Bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan permuafakatan rakyat Palestin”. Tambah Ahmad, jika tidakbanyak maka berdermalah seberapa ikhlas yang mampu.
Ahli Parlimen Pontian itu turut memaklumkan bahawa pada tahun 2019, UMNO sudah melancarkan tabung untuk dana aktivitinya termasuklah bagi bantuan masa banjir, bencana dan juga memerangan COVID-19 dan sebagainya.
“Terima kasih atas segala sumbangan anda. Tabung Muafakat Palestin ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan kami bertanggungjawab untuk menyampaikan derma berkenaan untuk manfaat rakyat Palestin” katanya.
Untuk makluman nombor akaun UMNO – Tabung Muafakat Palestin itu adalah 8604750523 (CIMB Islamic Account) manakala no akaun bagi tabung UMNO – Tabung Perjuangan adalah 8603257266 (CIMB Islamic Account).
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment