AM

PM kesal tiada tindakan PBB ke atas keganasan rejim Israel

96

15 Mei 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya, Majlis Keselamatan PBB, untuk menghentikan serta-merta keganasan rejim Israel keatas Palestin. Kata beliau di dalam ucapan perutusan khas yang disiarkan hari ini , sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat.

“Walaupun begitu, Malaysia akan terus berusaha untuk menyeru komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan PBB, untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin.

Saya ingin mengulangi pendirian berprinsip Kerajaan Malaysia yang sentiasa konsisten memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya samada dari segi politik, ekonomi, dan moral. Penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.” kata Muhyiddin.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau Two-State Solution berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus menyokong segala usaha demi mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan, khususnya menerusi rundingan melibatkan pihak-pihak yang berkaitan, berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB yang berkaitan.

Malaysia akan terus memberikan sumbangan secara dua hala kepada Palestin selain sumbangan kepada badan-badan antarabangsa.

Melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) seliaan Kementerian Luar Negeri, Malaysia telah menumbang sebanyak USD10,000 kepada Masjid Al-Aqsa pada tahun 2020. Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada Kementerian Awqaf, Jordan.” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut bakata bahawa Kerajaan Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada Palestin dalam bentuk barangan perubatan, iaitu 1 juta pelitup muka, 500 ribu pelindung muka (faceshields) dan 500 ribu sarung tangan getah sebagai membantu Kerajaan Palestin membendung wabak pandemik COVID-19. Sumbangan tersebut telah dihantar menerusi pesawat sewaan khas ke Amman, Jordan pada 10 Mei 2020.

“Bagi tahun 2020, Malaysia telah menyumbang sebanyak USD120,000 kepada United Nations Relief and Works Agency in the Near East (UNRWA) bagi menampung kos operasi dan programnya bagi tahun 2020. Malaysia telah memberikan sokongan yang padu serta sumbangan kepada UNRWA secara konsisten sejak tahun 1978. Sejak tahun 2015, Malaysia telah menyumbang sebanyak USD600,000 kepada UNRWA.” katanya.

Berkaitan dengan gerakan-gerakan yang dijalankan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, Muhyiddin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan keperihatinan mereka.

“Sehubungan itu, saya menyeru saudara dan saudari sekalian agar memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi tabung-tabung sah yang diwujudkan untuk tujuan ini.

Segala usaha dan sumbangan saudara dan saudari semua amatlah bermakna bagi rakyat Palestin.” kata Muhyiddin.

Sehingga kini, dilaporkan lebih daripada 119 rakyat Palestin telah terkorban dan beratus-ratus lagi cedera, kesan daripada serangan tidak berperikemanusiaan rejim Israel. Serangan yang zalim dan sangat keterlaluan ini amat meresahkan umat Islam apatah lagi ianya berlaku di bulan suci Ramadhan yang mulia dan berlanjutan hingga bulan Syawal, taktala umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut Hari Raya Aidilfiri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...