Home MY LNA AM Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin dan rakyatnya – Hishammuddin
AM

Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Palestin dan rakyatnya – Hishammuddin

15 Mei 2021 – Menteri Luar Negari, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa beliau akan mewakili Malaysia di dalam Mesyuarat Tergempar Terbuka secara maya Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-menteri Luar yang akan diadakan esok.

Kata beliau menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, mesyuarat tersebut akan membincangkan mengenai tindakan keganasan Israel, pencerobohan dan pendudukan kuasa oleh Israel di Wilayah Palestin terutamanya di Al-Quds Al Shareef.

“Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.

Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel” kata Hishamuddin.

Di dalam kenyataan media yang sama, beliau turut berkongsi bahawa beliau telah berkomunikasi secara berterusan dengan Menteri Luar Negeri II Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato’ Seri Setia Haji Erywan dan Menteri Luar Indonesia, Puan Yang Terutama (PYT) Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat antara negara-negara Islam Asia Tenggara mengenai Palestin.

“Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta-merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin.” ujar Hishammuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...