AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Laporan Berita Mandarin RTM : Tindakan telah diambil – Saifuddin

164

13 Mei 2021 – Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan bahawa susulan penularan perkongsian di laman sosial tentang penggunaan istilah yang merujuk kepada kumpulan Hamas dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin oleh TV2, RTM berkaitan Serangan Udara Israel terhadap Palestin pada 12 Mei 2021, beliau telah segera mengarahkan siasatan dan tindakan lanjut telah diambil oleh pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM).

Jelas Saifuddin tindakan-tindakan yang diambil adalah memanggil Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin yang terlibat untuk memberikan penjelasan dan laporan lengkap. Pegawai terlibat juga telah dikenakan Surat Tunjuk Sebab (STS) dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

“Permohonan maaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1.00 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7.00 malam, hari yang sama iaitu 12 Mei 2021.

Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa telah diminta mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) tugasan Bilik Berita, khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang di masa hadapan.” kata Saifuddin.

Tambah beliau, RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

“RTM akan terus berusaha dalam menambahbaik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa.” ujar Saifuddin.

Pada Rabu tular di media sosial bahawa Berita Mandarin TV2 telah menggelarkan Hamas sebagai kumpulan pengganas di dalam laporan berita itu. Susulan dari itu timbul persoalan sama ada Editor terlibat cuba sabotaj kredibiliti RTM sendiri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...