Home AM Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri bersama petugas Istana Negara
AM

Agong, Raja Permaisuri solat sunat Aidilfitri bersama petugas Istana Negara

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidiltri di Istana Negara, hari ini.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di Surau Utama Istana Negara pada 9 pagi bersama anakanda baginda, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Solat sunat itu dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim dan disertai 50 anggota jemaah yang terdiri daripada pegawai serta petugas Istana Negara.

Solat sunat berkenaan dilaksanakan mengikut garis panduan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuklah penjarakan zikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Khutbah Aidiltri yang bertajuk ‘Aidiltri Dirai, Norma Baharu Diinsa’ dibacakan Pengawai Agama Istana Negara Munir Md Salleh yang antaranya menyeru umat Islam seluruh negara agar tabah menghadapi ujian pandemik COVID-19, selain mengingatkan supaya patuh SOP.

Ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di Istana Negara berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara pada tahun lepas dan tahun ini – BERNAMA

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPerladangan

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Lima individu dilantik anggotai badan penasihat khas, bantu Anwar selaku Menteri Kewangan

PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu harian di bawah 200

8 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...