Home AM Kempen IsraelKoyak dapat sambutan hangat
AMz10

Kempen IsraelKoyak dapat sambutan hangat

13 Mei 2021- Kempen hashtag #IsraelKoyak yang mula dilancarkan semalam mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia yang mengecam tindakan biadap pihak Israel ke atas Palestin.

Kempen tersebut menyeru rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial untuk berkongsi poster yang diterbitkan seperti di bawah :

Angkatan Belia Malaysia (ABIM) yang sentiasa lantang bersuara mengenai hak rakyat Palestin turut serta di dalam kempen ini. Di dalam ciapan twitter rasmi ABIM semalam, ABIM menyeru rakyat Malaysia memuat naik poster tersebut di Facebook/IG/Twitter dan berkongsi sebanyak mungkin dengan tanda pagar #IsraelKoyak.

Senarai NGO-NGO yang terlibat di dalam kempen ini adalah :

  1. Cinta Gaza Malaysia
  2. Global Peace Mission Malaysia
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Malaysia For Syria
  5. Iman Care
  6. Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia (One Nation)
  7. Azhar Care
  8. Pertubuhan Dana Kita
  9. Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
  10. Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim
  11. Cinta Syria Malaysia
  12. Yayasan Amal Malaysia
  13. MyFund Action
  14. Muslim Volunteer Malaysia
  15. Heliza dan Hazwani Helmi
  16. MizzNina dan Noh Salleh – MinQalby Foundation
  17. Faizal Tahir – iamfaithmen
  18. Into Taqwa Malaysia
  19. MAPIM Malaysia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...