PUTRAJAYA 12 Mei 2021 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru agar rakyat Malaysia dapat terus mengekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan. Beliau turut mencadangkan penggunaan pelbagai teknologi yang ada untuk kekal berhubung dan mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan taulan dan juga jiran-jiran.
“Seperti tahun yang lepas, sambutan Syawal pada tahun ini berlangsung dalam suasana sederhana dan mengikuti amalan norma baharu di dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.
Ada juga sebahagian daripada kita yang tidak meraikan sambutan Syawal ini bersama keluarga dan saudara mara yang berada di berlainan negeri berikutan larangan merentas negeri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan.
Saya menyeru agar kita semua dapat terus mengekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan ini dan menggunakan pelbagai teknologi yang ada untuk kekal berhubung dan mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan taulan dan juga jiran-jiran.” kata beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.
Tambah Halimah, amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran, memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal seharusnya juga menjadi amalan dan tabiat harian dan tidak diabaikan oleh rakyat.
“Saya berdoa mudah-mudahan Syawal tahun ini dilimpahi keberkatan dan diraih dengan penuh kegembiraan yang dikongsi bersama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia.” ujarnya.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
Leave a comment