Home AM Terus kekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan – Menteri Perpaduan
AM

Terus kekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan – Menteri Perpaduan

PUTRAJAYA 12 Mei 2021 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyeru agar rakyat Malaysia dapat terus mengekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan. Beliau turut mencadangkan penggunaan pelbagai teknologi yang ada untuk kekal berhubung dan mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan taulan dan juga jiran-jiran.

“Seperti tahun yang lepas, sambutan Syawal pada tahun ini berlangsung dalam suasana sederhana dan mengikuti amalan norma baharu di dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

Ada juga sebahagian daripada kita yang tidak meraikan sambutan Syawal ini bersama keluarga dan saudara mara yang berada di berlainan negeri berikutan larangan merentas negeri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan.

Saya menyeru agar kita semua dapat terus mengekalkan semangat perpaduan dan kebersamaan semasa musim perayaan ini dan menggunakan pelbagai teknologi yang ada untuk kekal berhubung dan mengeratkan silaturrahim bersama keluarga, rakan taulan dan juga jiran-jiran.” kata beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah Halimah, amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran, memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal seharusnya juga menjadi amalan dan tabiat harian dan tidak diabaikan oleh rakyat.

“Saya berdoa mudah-mudahan Syawal tahun ini dilimpahi keberkatan dan diraih dengan penuh kegembiraan yang dikongsi bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...

AMCuacaMY LNA

Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan

26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu...

AMHighlightsMY LNAPengguna

Jualan RAHMAH Raya SABELLA

SELANGOR, 25 MAC 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...

AMHighlightsKebajikanLUAR BANDARMY LNA

KKDW anjur Majlis Santunan Kasih Ramadan

GOMBAK SELANGOR 24 Mac 2023 – Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian...