AM

KPN Lulus Peruntukan RM 12 Juta Kepada MITRA Bagi Pelaksanaan Program Sepanjang Tahun 2019/2020

470
White recycled craft paper texture as background. Grey paper texture, Old vintage page or grunge vignette of old newspaper. Pattern rough art creased grunge letter. Hardboard with copy space for text.

PUTRAJAYA 25 April 2021 – Penyaluran peruntukan sebanyak RM12,107,795.94 telah diluluskan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) bagi 121 program bagi tahun 2019/2020 yang telah dilaksanakan.

Program-program ini adalah baki peruntukan geran tahun 2019/2020 yang telah ditunda pelaksanaannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan pemansuhan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ekoran ancaman wabak COVID-19.

Program – program tersebut telah berjaya dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Kesemua program yang telah dijalankan juga telah berjaya melengkapkan laporan berkala dan laporan akhir yang merupakan dokumen wajib yang ditetapkan bagi NGO yang menerima peruntukan ini”

“MITRA sentiasa komited dalam memastikan pembangunan taraf sosioekonomi masyarakat India terjamin melalui pelbagai inisiatif yang selaras dengan hasrat Kerajaan supaya tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan negara”.

Terdahulu, Menteri KPN, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kerajaan akan memperkasakan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dalam usaha menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India khususnya golongan keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Pelan berkenaan akan ditambah baik dengan pembahagian tiga kluster iaitu modal insan, keusahawanan dan kerjaya serta kesejahteraan sosial bagi memastikan golongan sasar menerima manfaat menyeluruh”.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...