Home AM KPN Sasar 250,000 AJK KRT Terima Vaksin – Halimah
AMCOVID-19Kesihatan

KPN Sasar 250,000 AJK KRT Terima Vaksin – Halimah

25 April 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mensasarkan pendaftaran Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seramai 250,000 orang di seluruh negara sebagai penerima vaksin COVID-19.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata kempen pendaftaran vaksin kepada komuniti KRTsepanjang tempoh bulan Ramadhan ini akan diperluaskan bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 oleh rakyat Malaysia.

KPN turut bekerjasama dengan Badan Pengurusan Agama Selain Islam dalam usaha meningkatkan kesedaran kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 dan menggalakkan mereka untuk membuka kaunter pendaftaran di kawasan rumah ibadat masing-masing bagi memudahkan proses tersebut.

“KRT dan Badan Pengurusan Rumah Ibadat Selain Islam adalah jentera yang dapat membantu Kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai pengambilan vaksin COVD-19 kepada komuniti dan penganut di peringkat akar umbi” jelas beliau.

Menurutnya lagi, penyebaran maklumat yang sahih dan tepat mengenai program vaksin COVID-19 ini akan dapat membantu menambah keyakinan dan seterusnya menaikkan jumlah pendaftaran yang disasarkan bagi mencapai imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia.

“Semua rakyat boleh membuat pendaftaran program imunisasi bagi mendapatkan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau laman web www.vaksincovid.gov.my dalam usaha memutuskan penularan jangkitan COVID-19″ katanya dalam satu kenyataan media.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...