KUALA LUMPUR 25 April 2021 – Seramai 3,500 usahawan disasar memperoleh manfaat peruntukan berjumlah RM3.11 juta daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan SME Corp. Malaysia bagi mendigitalkan perniagaan melalui Platform Warongku.
Menterinya, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata daripada jumlah ini, seramai 2,000 penjaja dan peniaga kecil telah menyertai platform ini sebagai emerchant, manakala tambahan penyertaan seramai 1,500 lagi sedang dilaksanakan.
Jelas beliau, Warongku merupakan kesinambungan kepada projek erunner iaitu ‘Warong Rider’ yang dilaksanakan oleh pihak ICTSB dengan ilham dan kerjasama pihak Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) dan disokong oleh SME Corp. Malaysia menerusi Program Micro Connector.
“Program Warong Rider ini juga disokong oleh TEKUN, satu lagi agensi Kementerian melalui Skim TEKUN Mobilepreneur yang menyediakan pembiayaan sehingga RM10,000.00 bagi pembelian motosikal, pembaikan motosikal dan pemasangan aksesori tambahan” katanya.
Warongku adalah satu daripada inisiatif pendigitalan seiring dengan hasrat kerajaan dalam menggalakkan perniagaan secara dalam talian (e-dagang) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan dana berjumlah RM700 juta.
“Di bawah program Warongku, MEDAC menerusi SME Corp Malaysia berusaha untuk membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan usahawan dari sektor tidak formal untuk mengadaptasi teknologi digital, seterusnya memasarkan produk secara dalam talian” jelas beliau dalam satu kenyataan media berkenaan pelancaran program berkenaan.
Sehingga kini, seramai 70 orang PKS telah dipilih untuk menyertai latihan di bawah . Sesi latihan ini bertujuan melatih PKS bagi menggunakan platform Warongku serta mengadaptasi pendigitalan di dalam perniagaan mereka. Sesi ini telah diadakan pada 25 dan 26 Mac 2021 yang lalu bertempat di Kuching, Sarawak.
Majlis pelancaran pada hari ini turut diikuti secara dalam talian di Sembilan hab warong iaitu di Masjid Tanah, Melaka; Kuching, Sarawak; Kepala Batas, Pulau Pinang; Kemaman, Terengganu; Seremban 2, Negeri Sembilan; Kota Damansara, Selangor; Tambun, Perak; Batu, Kuala Lumpur dan Batu Pahat, Johor.
- Kaplan (Singapore)’s New City Campus at Odeon 333: Empowering Students for Success in the Future Economy
- KPMG in Singapore Introduces Strategic Guide to Boost Digital Talent and Inspire Green Innovation
- MSIG Asia And The RiskPoint Group Join Forces To Drive Renewable Energy Insurance Across Asia Pacific
- From Page to Stage®: Rousing the Dragon Premieres in March
- Visa and Fintech DealMe Collaborate to Launch Cross-Border Card Installment Payments
Leave a comment