AMPelancongan @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

Promosi Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri 2021 Bantu Usahawan Kraf – Nancy

104

KUALA LUMPUR 19 April 2021 – Usahawan kraf di negara ini berpeluang untuk memasarkan produk mereka yang khusus digunakan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri menerusi promosi Warna-Warni Hari Raya Aidilfitri (WWA) 2021 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Kraftangan Malaysia.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata promosi ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu usahawan ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 dan merupakan promosi fizikal pertama dilaksanakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 13 Januari 2021.

“WWA 2021 kali ini menyasarkan 220 usahawan di mana seramai 100 usahawan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur manakala 120 usahawan lagi berada di lapan lokasi terpilih serta terdapat juga penyertaan usahawan bukan kraf yang menawarkan perkhidmatan dan produk Aidilfitr” jelas beliau.

Lapan lokasi lain yang terlibat dengan promosi WWA 2021 adalah seperti East Coast Mall di Pahang, KTCC Mall di Terengganu, AEON Mall Kuching di Sarawak, AEON Mall Kinta City di Perak, AEON Mall Nilai @ Seremban 2 di Negeri Sembilan, MYDIN Mall Bertam di Pulau Pinang, Freeport A’Famosa Outlet di Melaka dan One Utama Shopping Centre di Selangor.

Aktiviti menarik turut diadakan sepanjang WWA 2021 antaranya seperti jualan produk kraf dan produk perkhidmatan Hari Raya Aidilfitri, pameran, demonstrasi kraf, interaktif kraf, demonstrasi masakan dan kuih tradisional serta pelbagai pertandingan menarik seperti mengikat sampin dan tanjak, memasak bubur lambuk, teka tajuk dan sambung lirik lagu raya.

“Terokai dan gunakan kaedah platform digital yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia seperti E-Kraf Bazar dan MYCRAFTSHOPPE agar usahawan kraf memperoleh manfaat terutamanya untuk jangka masa Panjang” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Kementerian juga mengingatkan kepada para pengunjung di setiap tapak promosi supaya mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat di Seram, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 telah berlaku di Seram, Indonesia...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Etika didik hibur menggunakan media sosial di sekolah

Oleh: Dr. Abd. Aziz Rekan, Hafeezur-Rahman Awel Didik hibur adalah pedagogi yang...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Tuduhan Kilang Bihun Beroperasi Dalam Ladang Babi Adalah Isu Lama Yang Tidak Benar

Oleh JomCheck Tular kembali di aplikasi WhatsApp satu hantaran yang mendakwa bahawa...