AMNiaga @ My LNA

Industri Rel Sumbang RM 43.05 Bilion Kepada Ekonomi Negara, Buka 50 000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2030

124

KUALA LUMPUR 19 April 2021 – Sebanyak lapan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah dipilih untuk menyertai Program Pembangunan Industri Rel (RIDP) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp. Malaysia dan Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui National Rail Centre of Excellence (NRCOE) dan Technology Depository Agency Berhad (TDA).

Menteri MEDAC, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata industri rel telah dikenal pasti di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 bagi memacu penubuhan PKS berteraskan inovasi dan berpertumbuhan tinggi.

“Sehingga kini, industri rel ini telah menyumbang sebanyak RM43.05 billion kepada ekonomi negara dan dijangka memerlukan seramai 50 ribu pekerja mahir menjelang tahun 2030”.

Lapan syarikat yang terpilih menyertai program ini terlibat dalam pembuatan komponen dalaman gerabak keretapi, panel gentian kaca, pintu dan gangway serta menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan gerabak keretapi, sistem rel dan sistem brek.

Program ini akan menghasilkan syarikat PKS bertaraf global di dalam industri rel melalui aktiviti pembangunan kapasiti dan bantuan kewangan di dalam meningkatkan keupayaan mereka melalui pendekatan adaptasi teknologi, transformasi organisasi dan strategi pemasaran katanya.

Jelas beliau lagi, PKS terpilih di bawah program ini akan melalui aktiviti pembangunan kapasiti serta layak mendapat bantuan kewangan sehingga RM500,000 dalam bentuk geran padanan bagi aktiviti transformasi yang merangkumi standard dan pensijilan, adaptasi teknologi baharu dan strategi pemasaran menembusi rantaian bekalan global.

SME Corp. Malaysia dan TDA turut menyasarkan sekurang-kurangnya 50% PKS terpilih dapat menyertai projek perolehan Kerajaan di dalam Industrial Collaboration Programme (ICP) dan 80% peserta memperolehi pensijilan International Railway Industry Standard (IRIS) atau pensijilan lain yang diiktiraf oleh Original Equipment Manufacturer (OEM).

Majlis Pertukaran Memorandum of Agreement (MoA) di antara SME Corp. Malaysia dan Technology Depository Agency Berhad (TDA) turut diadakan dan disaksikan oleh Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...