Home AM Risalah Tourism Malaysia Kini Berwajah Baharu Dalam Bentuk Digital – Nancy
AMPelanconganSeni dan Budaya

Risalah Tourism Malaysia Kini Berwajah Baharu Dalam Bentuk Digital – Nancy

PUTRAJAYA 20 April 2021 – Pelancaran Interactive Digital Brochures sebuah laman microsite menjadikan risalah-risalah Tourism Malaysia kini berwajah baharu dengan penjenamaan semula dalam bentuk digital menerusi pelayaran secara interaktif di ebrochures.malaysia.travel.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Sri Nancy Shukri berkata pelancaran ini merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memperluaskan penggunaan digital selari dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.

“Berbeza dengan penerbitan e-brosur berformatkan pdf yang hanya boleh dimuat turun dan dicetak, risalah versi digital serba baharu di laman tersebut kini menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi serta video untuk penyampaian informasi lebih berkesan” katanya.

Bagi peringkat permulaan, lima risalah digital Tourism Malaysia paling digemari pelancong telah dimuat naik di laman tersebut iaitu Malaysia Travel Guide, Kuala Lumpur the Dazzling Capital City, Langkawi the Jewel of Kedah, Islands and Beaches dan Adventures with Nature.

Menurut Nancy, laman tersebut mesra pengguna dan lebih responsif bagi memudahkan orang ramai mengakses risalah tersebut melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba.

“Kandungan risalah digitalnya turut mudah dikongsi melalui pelbagai aplikasi lain seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan juga emel” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Selain mengguna pakai Google Analytics untuk penganalisisan data dan bersifat mesra Search Engine Optimization (SEO) bagi capaian lebih meluas, laman tersebut turut direka khas dengan paparan lebih moden dan bergaya juga boleh dikemas kini dengan serta-merta.

“Laman ini memanfaatkan pautan Google Maps untuk membantu para pelancong serta pengusaha pelancongan bagi merancang perjalanan, memilih penginapan yang sesuai serta mengetahui kemudahan yang ada di sekelilingnya seperti stesen minyak, restoran, kemudahan parkir dan hospital,” jelas beliau lagi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...