Home MY LNA AM Malaysia Bakal Terima 177,840 Vaksin Pfizer-BioNTech Dalam Masa Terdekat – Khairy
AMCOVID-19Kesihatan @ My LNA

Malaysia Bakal Terima 177,840 Vaksin Pfizer-BioNTech Dalam Masa Terdekat – Khairy

PUTRAJAYA 19 April 2021 – Sebanyak 177,840 lagi dos vaksin Pfizer-BioNTech akan diterima oleh Malaysia melalui tiga penghantaran pada Rabu, Khamis dan Jumaat ini kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang juga penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjelaskan bekalan tambahan pertama dijadualkan tiba pada Rabu ini membabitkan sejumlah 128,700 dos, diikuti 36,270 dos (Khamis) dan 12,870 dos (Jumaat).

“Dalam sektor pendidiakan pula, seramai 500,000 guru di sekolah awam dan swasta sedang disenaraikan bagi dimasukkan dalam fasa dua PICK yang akan bermula hari ini dalam persediaan bagi membolehkan golongan itu dapat diberikan vaksin”.

“Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyenaraikan nama guru-guru berkenaan untuk dimasukkan dalam sistem agihan vaksin sebelum diberikan tarikh janji temu” katanya dalam sidang media berkenaan PICK di ibu negara.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan supaya guru disenaraikan sama untuk menerima vaksin seperti tiga kumpulan lain bagi fasa dua ini.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek risiko penyebaran jangkitan Covid-19 khususnya di sekolah.

“Bagaimanapun, ia (pemberian vaksin) masih juga tertakluk kepada bekalan vaksin yang diterima negara”.

Setakat hari ini, seramai 11,902 daripada 54,537 guru yang mempunyai penyakit kronik sudah menerima suntikan dos pertama manakala, selebihnya akan diberi suntikan bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media yang sama berkata, hanya sebilangan kecil iaitu lima peratus daripada lebih 15,000 responden yang menyertai tinjauan dalam talian Kementerian Kesihatan (KKM) menolak untuk menerima vaksin COVID-19

“Hasil dapatan tinjauan terbaharu ini juga mendapati, sebanyak 85 peratus bersetuju menerima vaksin manakala 10 peratus tidak pasti,” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

AMMY LNAUTAMA

Intipati Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsikan intipati Kenyataan Negara yang...

AMMY LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...