AM

MEDAC dan agensi raikan golongan kurang berkemampuan, hulurkan sumbangan sempena bulan Ramadan

140

KUALA LUMPUR 16 April 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan insan yang kurang berkemampuan semalam. Majlis tersebut yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan merupakan inisiatif MEDAC dan agensi bertujuan untuk memberi sumbangan kepada 150 orang pelajar daripada Sekolah Kebangsaan St Gabriel, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul.

Menurut MEDAC dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, para pelajar tersebut yang terdiri daripada golongan miskin bandar menerima peruntukan sebanyak RM100 setiap seorang bagi memenuhi keperluan pada bulan Ramadan seperti membeli makanan dan keperluan asas yang lain.

Dalam majlis yang sama, MEDAC turut menyampaikan Zakat UDA Cares-Enriching Life berjumlah RM 70,000.00 kepada Pertubuhan Baitul Ehsan Al Khairi, Rumah Bakti Nur Ain, Tahfiz Ibnu Abbas, Rumah Kasih Harmoni, Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak dan Tahfiz Darul Furqan.

“Majlis ini juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan di antara pihak Kementerian dengan agensi-agensi di bawahnya serta insan yang kurang bernasib baik.

Bukan sahaja dapat berkumpul dalam sebuah majlis berbuka puasa, malah dapat beribadah bersama-sama sekali gus mengeratkan silaturahim. Bagaimanapun, dalam pada kita bergembira aspek keselamatan masih diutamakan dan pihak penganjur sentiasa memastikan segala SOP sentiasa dipatuhi sepanjang majlis berbuka puasa ini berlangsung,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang hadir menyampaikan sumbangan tersebut.

Turut hadir ialah Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin, Timbalan Menteri MEDAC, Dato’ Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar, Pengerusi Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan MEDAC serta Pengerusi dan Ketua-ketua agensi di bawah MEDAC.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...