AM

Tahap pematuhan SOP Bazar Ramadan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi memuaskan

127

SELANGOR 16 April 2021 – Hasil tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke tapak Bazar Ramadan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi pada 15 April 2021 mendapati tahap pematuhan SOP Bazar Ramadan tersebut berada dalam keadaan yang memuaskan.

Menurut KPKT menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, pelaksanaan pematuhan SOP oleh peniaga dan pengunjung dapat dilihat di Bazar Ramadan tersebut.

“Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam pengendalian Bazar Ramadan adalah memastikan keadaan bazar terkawal, tidak sesak dan pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung. Penganjur juga digalakkan untuk membuat susun atur gerai dan laluan sehala bagi membolehkan pengunjung bergerak dalam arah yang tersusun.

SOP Bazar Ramadan merangkumi kawalan keluar masuk pengunjung ke bazar dengan penjarakan fizikal 1 meter, penggunaan cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup muka oleh peniaga dan pengunjung perlu dipatuhi. Selain itu, penganjur diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan penyediaan buku pendaftaran kehadiran bagi pelanggan yang tiada kemudahan liputan internet. Peniaga dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius adalah tidak dibenarkan masuk ke tapak bazar Ramadan.” kata KPKT.

Kementerian tersebut juga mengingatkan selaras dengan penurunan kuasa mengkompaun kesalahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkompaun sebarang kesalahan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) berkuatkuasa 14 April 2021, anggota Penguatkuasa PBT boleh mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pengunjung dan para peniaga yang didapati ingkar dan melanggar SOP mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan.

“Penurunan kuasa mengkompaun kesalahan membolehkan ketidakpatuhan SOP diambil tindakan segera oleh PBT dalam memastikan keselamatan dan kesihatan orang ramai adalah terjamin. Dengan penguatkuasaan SOP oleh pihak PBT, ia dapat memantapkan lagi pematuhan SOP dalam penganjuran Bazar Ramadan.

Ini penting dalam mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat mengelakkan kewujudan kluster baharu jangkitan COVID-19 berpunca daripada Bazar Ramadan.” ujar KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...