AMEkonomi @ My LNA

Institut Koperasi Malaysia (IKM) anjur Seminar Online Digitalisasi Koperasi “Pemerkasaan Teknologi Kepada Perniagaan dan Koperasi”

218

PETALING JAYA 6 April 2021 – Sebagai menyahut saranan kerajaan supaya sektor koperasi juga berhijrah ke arah digitalisasi Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah menganjurkan Seminar Online Digitalisasi Koperasi “Pemerkasaan Teknologi Kepada Perniagaan dan Koperasi” bertujuan untuk memacu sektor koperasi supaya turut melibatkan diri dalam program digitalisasi pada semua peringkat. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Seramai 300 peserta daripada seluruh negara menghadiri seminar ini secara atas talian.

Dr. Wan Junaidi berkata pendekatan yang dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia ini amat sesuai memandangkan ianya dapat meningkatkan penglibatan koperasi dalam program digitalisasi seiring dengan kursus-kursus yang dianjurkannya. Pada majlis yang sama beliau turut melancarkan Technology Lab IR 4.0 iaitu sebuah makmal digitalisasi yang bertujuan untuk menemukan koperasi-koperasi dengan rakan teknologi pemain industri bagi mempertingkatkan keupayaan koperasi melalui sistem sokongan yang disediakan oleh rakan teknologi koperasi.

Beliau juga menyeru supaya koperasi merebut peluang ini melalui program yang diadakan secara bersemuka mahupun secara dalam talian supaya ilmu dan keilmuan teknologi semasa dapat dikongsi seiring untuk kemajuan koperasi. Program yang dianjurkan ini juga merupakan wadah untuk mendekatkan koperasi dan koperator dengan dunia digitalisasi sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini.

“Koperasi dapat menyesuaikan dan mengaplikasi penggunaan teknologi dalam pentadbiran dimana ia dapat memberi tumpuan kepada elemen utama IR4.0 iaitu Analisa Big Data (Big Data), Internet of Things (IoT), Simulasi dan Integrasi Sistem dalam gerakan koperasi.

Bagi menjayakan hasrat ini, IKM telah mengadakan kolaborasi bersama-sama dengan rakan strategik untuk membantu dalam memperkasa TECHNOLOGY IR 4.0 kepada koperasi-koperasi. Rakan-rakan strategik tersebut terdiri daripada MAXIS BROADBAND SDN. BHD. ; MRTE (MALAYSIA) SDN. BHD. ; REDTONE IOT SDN. BHD.; PEWARIS BUMI HIJAU SDN. BHD. ; AKADEMI USAHAWAN MIKRO SDN. BHD.; KOPERASI SAHABAT PESARA SELANGOR BERHAD dan KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD.

Dengan pendedahan dan bimbingan daripada semua pihak berkepentingan dalam program digitalisasi yang dilantik oleh IKM di bawah Technology Lab IR4.0, ianya dapat memberikan impak yang besar kepada gerakan koperasi mengenai bagaimana teknologi IR4.0 ini dapat membantu koperasi memacu pertumbuhan perniagaan melalui teknologi terkini.” kata Dr. Wan Junaidi.

Tambah beliau, menerusi program ini, IKM berupaya membangun kapasiti modal insan koperasi bagi mencapai aspirasi kerajaan dan membantu gerakan koperasi agar koperasi dapat menjadi penyumbang penting dalam pencapaian pembangunan dan ekonomi negara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...