AMSeni & Budaya @ My LNA

Dasar Permuziuman Negara perkemaskan hala tuju institusi permuziuman tanah air

99
White recycled craft paper texture as background. Grey paper texture, Old vintage page or grunge vignette of old newspaper. Pattern rough art creased grunge letter. Hardboard with copy space for text.

6 APRIL 2021 – Pelancaran Dasar Permuziuman Negara telah melakarkan satu lagi sejarah baharu dalam memartabatkan institusi permuziuman negara. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri. Ia turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha serta pengurusan tertinggi Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Menurut MOTAC di dalam satu siaran media yang dikeluarkan hari ini, Dasar dan Garis Panduan ini diwujudkan bagi memperkemas hala tuju institusi permuziuman tanah air khususnya selepas mengambil kira perkembangan dan kepentingan penubuhan muzium yang makin meningkat kebelakangan ini. Kata MOTAC lagi, ia juga adalah pertama kalinya dalam sejarah apabila dasar ini akan menjadi panduan dalam menggariskan kerangka kerja terperinci dan jelas, yang boleh menentukan kecemerlangan muzium.

“Kompilasi Dasar Permuziuman Negara dan Garis Panduan terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi empat dasar merangkumi Penubuhan Muzium, Pengurusan Koleksi, Pengurusan Konservasi dan Keselamatan Muzium.

Manakala, bahagian kedua pula mengandungi lapan Garis Panduan iaitu, Pameran, Penyelidikan, Penerbitan, Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa, Pemasaran Muzium, Pendidikan dan Pengembangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Modal Insan serta Sukarelawan Muzium.” kata MOTAC.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Hajah Nancy berkata bahawa penyediaan dasar ini mengambil kira semua input, pandangan dan cadangan daripada setiap pihak berkepentingan serta selaras dengan piawaian Majlis Muzium Antarabangsa [International Council of Museums (ICOM)].

“Penerbitan Dasar Permuziuman Negara dan Garis Panduan ini adalah satu dokumen yang penting dalam menentukan hala tuju permuziuman negara serta mampu memberikan impak jangka masa panjang dalam usaha pemeliharaan serta pemuliharaan warisan sejarah, kebudayaan dan alam semula jadi negara.” jelas beliau.

Nancy turut berharap agar dasar ini dapat melengkapi pengisian kandungan Akta Muzium yang sedang digubal pada ketika ini, agar institusi permuziuman tampak lebih dinamik, berstruktur, tadbir urusnya semakin profesional dan memperlihatkan satu penjenamaan yang baharu dengan tarikan yang lebih besar pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, Jabatan Muzium Malaysi (JMM) juga telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan kempen “Kembali Ke Muzium” bagi mempromosikan bukan hanya muzium-muzium di bawah jabatan tetapi juga semua muzium di seluruh negara. Kempen tersebut bertujuan menarik lebih ramai pelawat ke muzium-muzium di seluruh tanah air sebagai salah satu usaha merancakkan semula pelancongan domestik menerusi Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik.

Bagi tujuan tersebut, pelbagai program menarik telah diatur oleh semua muzium di seluruh negara yang merangkumi program bersifat warisan, sejarah dan budaya. JMM mensasarkan seramai 1.5 juta pelawat akan mengunjungi 20 buah muzium di bawah pentadbirannya, pada tahun ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...