PUTRAJAYA 6 April 2021 – Kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima sumbangan kurma dari Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah semalam.
Menurut laporan BERNAMA, sumbangan menerusi program Rizq al-Mubarak itu dilaksanakan dengan kerja sama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Persatuan OKU Putrajaya. Program ini berkonsepkan kongsi rezeki.
Salah seorang penerima sumbangan iaitu Mohd Zailani Muhammad, 33 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Unit Audit Dalam KKMM berkata bahawa beliau berpuas hati dengan usaha Saifuddin memartabatkan golongan OKU sejak menerajui Kementerian.
Beliau yang mengalami kecacatan kekal selepas pergelangan tangan kanan terpaksa dipotong juga berkata penubuhan Unit Komunikasi OKU yang akan diketuai oleh warga komuniti tersebut, akan memudahkan suara golongan tersebut didengari.
Sementara itu Mohammad Farith Ibrahim, 31 yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Unit Pusat Permohonan Penggambaraan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara berkata walaupun lumpuh kedua-dua kaki selepas kemalangan, beliau menganggap kerja sebagai amanah dan peluang untuk lebih berdikari.
- OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat
- Their quality of life depends on their oral health
- Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?
- Reduce stunting in children by empowering mothers
- Abu Dhabi’s Advanced Technology Research Council launches ‘AI71’: New AI Company Pioneering Decentralised Data Control for Companies & Countries
Leave a comment