7 April 2021 – Usaha untuk memulihkan semula (restore) Badan Bukan Kerajaan (BBK) kebudayaan bagi membolehkan sektor seni, budaya dan warisan kembali bergerak aktif adalah penting. Bagi tujuan itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil kira persatuan berteraskan seni, budaya dan warisan ini sebagai golongan pelaksana kepada kegiatan berdasarkan hala tuju yang ditetapkan.
Menterinya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata bahawa para penggiat industri kebudayaan dan kesenian telah kerugian sebanyak RM85 juta dalam tempoh setahun akibat penularan Covid-19 ini.
“Justeru, sesi libat urus yang diadakan secara berperingkat ini memberi peluang kepada kedua-kedua pihak untuk berkongsi pendapat dan bertukar pandangan agar industri ini kembali aktif.
Sepanjang tahun 2020, sebanyak 217 buah badan bukan kerajaan telah menerima peruntukan sebanyak RM 2,213,000.00 yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Panel Penilai Kebudayaan (JPPK) MOTAC bagi tujuan penyemarakkan industri seni, budaya dan warisan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,630,500.00 adalah untuk 30 permohonan bagi bantuan kegiatan persatuan.
Seterusnya, sebanyak RM582,500.00 adalah untuk bantuan pentadbiran kepada 187 buah persatuan yang aktif namun terkesan akibat pandemik Covid-19.” kata Nancy dalam sesi libat urus bersama BBK dan Penggiat Industri Sektor Kebudayaan yang dikendalikan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Krisis atau Crisis Management Taskforce (CMT) yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MOTAC, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat.
Hadir dalam pertemuan berkenaan adalah dari sektor teater, seni persembahan dan muzik masing-masing dari Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur, Persatuan Seni dan Teater Selangor, Persatuan Seni Pentas India Kuala Lumpur, Persatuan Teater Malaysia, Persatuan Anak Soleh Malaysia, Persatuan Swakarya Serumpun, Persatuan Teater Hidayah Kuala Lumpur, Kelab Kartasis Seni, Persatuan Han, Perbadanan Kesenian Malaysia/Temple of Fine Arts (TOFA), Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Penang Performing Arts Centre (Penang PAC), Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), Persatuan Pemuzik Malaysia (Musicians for Musicians), Malaysian Buskers Club, Persatuan Karyawan Malaysia.
Menjawab cadangan wakil daripada sektor teater agar diwujudkan dana tetap pengurusan persatuan untuk membayar kos sewaan pejabat, utiliti dan saguhati pengurusan, Nancy berkata meskipun MOTAC tiada peruntukan khas bagi tujuan itu, namun pada tahun lalu, sebanyak 187 persatuan seni, budaya dan warisan telah dibantu dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM582,500 untuk tujuan bantuan kewangan (pentadbiran) berikutan penularan wabak Covid-19 serta meringankan beban pengurusan pentadbiran persatuan.
Dalam pada itu, wakil dari sektor seni persembahan pula menyatakan cabaran kewangan bagi kelangsungan penjanaan pendapatan. Oleh itu, mereka memohon untuk mendapatkan lebih penonton fizikal iaitu sekurang-kurangnya 50 peratus kapasiti.
Dalam perkara tersebut, Nancy berharap isu tersebut dapat diselesaikan bergantung kepada status Covid-19 dan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti persembahan. Katanya MOTAC dari semasa ke semasa menyediakan SOP bagi membolehkan pembukaan semula sektor-sektor kebudayaan, namun keputusannya adalah tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi cadangan wakil dari industri muzik agar dana disuntik oleh kedua-dua Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan MOTAC agar persembahan muzik di premis-premis hotel diaktifkan semula, Nancy berkata perkara tersebut akan diteliti dan dimajukan juga kepada KKMM.
- EXIMBANK & VISA Officially Launch Visa Direct Service
- NetApp’s 2024 Data Complexity Report Reveals AI’s Make or Break Year Ahead
- JForce Employment Service Strengthens Maid Training with Overseas Centre in Indonesia
- Health2Sync Partners with Western Sydney Diabetes to Improve Glycemic Control through Digital Solutions
- Bahrain Marks National Day and Half a Century of Diplomatic Relations with Malaysia
Leave a comment