AMBM @ MY LNAHKHM2024Kajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

110

“Mamak.. teh tarik satu, tapau”

Komposisi ayat mudah yang menggabungkan bahasa kaum yang majmuk di Malaysia dan sering kita gunakan tanpa kekok di semua lapisan masyarakat, malah juga di kalangan anak-anak kecil. Mungkin ada yang melihat konteks penggunaan bahasa “rojak” ini sebagai rutin biasa, namun tanpa kita sedari semangat meraikan kepelbagaian kaum juga ini dapat kita lihat di dalam pergaulan seharian rakyat Malaysia, samada di peringkat persekolahan, ruang pekerjaan malah di dalam komuniti dan masyarakat. Bukanlah satu pemandangan luar biasa apabila  kita melihat interaksi antara pelbagai bangsa dan agama yang mesra di Malaysia ini, malah turut menjadi pujian pelancong luar negara yang datang ke sini.

Semangat kepelbagaian ini adalah tunjang kepada perpaduan di Malaysia yang telah disemai sejak dahulu lagi dan melalui semangat ini jugalah yang telah mendorong Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah merupakan lambang kebebasan dan harapan baru buat Tanah Melayu daripada jajahan British dan juga satu permulaan kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini adalah simbol perpaduan, kebebasan, dan semangat patriotisme yang tidak pernah luntur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2024

MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2024 ini. Tema ini bukan sekadar ayat retorik yang hanya enak disebut, malah ianya membawa makna yang mendalam dan mengukir komitmen Kerajaan MADANI membawa Malaysia ke arah kemakmuran dan kemajuan negara melalui enam nilai teras utamanya. Jiwa Merdeka pula mencerminkan kebebasan rakyat Malaysia dari segala unsur negatif, menginterpretasikan semangat patriotik yang merangkumi pemikiran, integrasi sosial, dan ekonomi, sekaligus membentuk perpaduan rakyat yang kuat, harmoni, dan progresif.

Harapan dan Masa Depan

Logo “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan tema MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA bukan sahaja menjadi slogan sambutan, tetapi juga satu panggilan kepada semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu dalam menghadapi cabaran dan merealisasikan impian negara. Sementara banyak negara luar mengalami pelbagai konflik, setiap rakyat Malaysia seharusnya menghargai keamanan yang dikecapi dan setiap individu harus menanamkan iltizam dan semangat untuk berperanan aktif dalam memupuk nilai-nilai perpaduan, toleransi, dan kerjasama.

Dalam konteks yang lebih luas, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme, memperkuat jati diri kebangsaan, dan memperteguh semangat kebersamaan di kalangan rakyat. Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dirancang, ia juga diharap dapat menyemai rasa bangga dan cinta terhadap tanah air. Perpaduan dan keamanan yang dikecapi pada hari ni adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan dan inilah legasi yang akan diturunkan kepada anak cucu pada masa akan datang. Dalam menyambut sambutan bulan Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita bersama mengingati, menghayati dan merealisasikan pesanan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman:

“Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita selalu ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara.”


Discover more from Life News Agency

Subscribe to get the latest posts to your email.

Leave a comment

Leave a Reply

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Mesej Tular Dakwa Pelbagai Risiko Varian Baharu Covid-19 Adalah Isu Kitar Semula

Oleh JomCheck Talian JomCheck baru ini telah disoal berkaitan ketulenan satu mesej...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Hikmah Mengingati Kematian Dari Perspektif Islam

Oleh: 1Siti Jamilah Mohd Sukri dan 2Nadiah Mohd Noor Setiap insan yang...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Amalan Gaya Hidup Hayatan Toyyibah Dari Perspektif Islam

Oleh : 1Siti Jamilah Mohd Sukri & 2 Che Nurul Asyiqin Che...

AMBM @ MY LNA

Melaka atur strategi erat persahabatan Malaysia-China

Oleh LIANA SAHABUDIN/MELAKA HARI INI BANDARAYA MELAKA 13 Jun 2024 – Kerajaan...

Discover more from Life News Agency

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading