AMBM @ MY LNA

Noraini lawat mangsa banjir di Kemaman

186

KEMAMAN, 27 Disember 2023 – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman untuk memantau keadaan dan pengurusan mangsa banjir yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS tersebut.

Antara PPS yang sempat dilawati adalah di Dewan Sivik Air Putih yang menempatkan 178 mangsa banjir daripada 45 buah keluarga, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Teladas Air Putih yang menempatkan 45 Keluarga dengan jumlah 170 mangsa banjir dan PPS Surau Paya Mempuyu yang menempatkan 18 Keluarga terdiri daripada 71 orang mangsa. Noraini berkesempatan menyantuni mangsa banjir dan meninjau keperluan- keperluan yang disediakan di PPS.

Menurut KPWKM, JKM bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara PPS, menyedia dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa, menjalankan pendaftaran mangsa bagi maksud pemulihan dan akhir sekali memberi bimbingan dan nasihat/kaunseling kepada mangsa-mangsa bencana.

“Untuk rekod, sebanyak 8481 PPS telah dikenalpasti di seluruh negara yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta mangsa pada satu-satu masa. Sebanyak 5,063 atau 60 peratus PPS tersebut merupakan premis sekolah manakala baki tersebut adalah terdiri daripada Balairaya, masjid dan sebagainya.

Dari segi persediaan bekalan barangan keperluan asas, kesemua 8 buah Depoh, 137 stor negeri/daerah, 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan JKM telah siapsiaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir. Sebanyak 860 pembekal barangan keperluan asas dan 1224 pembekal makanan berbungkus telah dilantik oleh JKM pada musim ini bagi memastikan bantuan keperluan asas dan makanan mangsa bencana dapat dibekalkan segera jika diperlukan.” kata KPWKM.

KPWKM juga bersedia menggerakkan seramai 5,167 pegawai dan kakitangan pada bila-bila masa dengan dibantu seramai 157 kaunselor dan 864 Psychology Support Team (PST). Selain itu, dalam menambahkan kelancaran pengoperasian di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM juga bersedia memberikan bantuan.

KPWKM menyeru orang ramai terutamanya yang berada di kawasan yang sering dilanda banjir untuk sentiasa bersiap sedia dan mengikut arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...