BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Hari Sukan Negara MINDEF meriah, libatkan aktiviti indoor dan outdoor

332

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2023 – Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan telah merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 peringkat Kementerian Pertahanan (MINDEF) bertempat di Padang Kawad, Kem Kementah, KualaLumpur.

Sambutan Hari Sukan Negara tersebut telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang1,300 orang yang terdiri daripada warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF.

“Hari Sukan Negara HSN 2023 ini menggunakan tema Fit Malaysia dan merupakan satu hari ikonik tahunan rakyat Malaysia yang dilaksanakan secara serentak bagi meraikan dan mengiktiraf aktiviti sukan, seterusnya menjadikan ianya sebagai pembudayaansukandalam kalangan warga tentera ATM dan juga warga awam MINDEF.” kata MINDEF.

Sempena sambutan HSN itu, MINDEF telah menganjurkan dua (2) aktiviti melibatkan aktiviti indoor dan outdoor.

Aktiviti indoor telah dilaksanakan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) bertempat di ruang Foyer Wisma Pertahanan iaitu permainan E-Sport FIFA, Dart, Karom, Catur, Batu Seremban, Congkak dan Aerodance.

Manakala, aktiviti Outdoor yang telah dianjurkan pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) adalah Senamrobik HSN 2023 MINDEF , Fun Run dan Fun Walk HSN 2023 MINDEF, Sukan Rakyat HSN 2023 MINDEF dan Sukaneka Kanak-kanak TASKANITA MINDEF

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...