AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) meraih bakat dan menjana pendapatan

285

KAJANG, 14 Oktober 2023 –.Mungkin anda kerap mendengar tentang Pembelajaran Sepanjang Hayat atau singkatannya PSH. Ia merupakan aktiviti pembelajaran yang dilakukan sepanjang hidup dengan tujuan meningkatkan
kemahiran kompentesi untuk kemajuan diri. PSH telah menjadi prinsip hidup dan amalan warga Malaysia yang merangkumi semua peringkat umur. PSH dapat memupuk minat dan menyerlah bakat komuniti serta menjadi platform bagi seseorang individu untuk mempelajari kemahiran baharu melalui kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan.

Percaya atau tidak, Pembelajaran Sepanjang Hayat dapat membantu menjana pendapatan yang lumayan. Selain daripada menggali minat dan bakat, PSH turut membantu menaikkan taraf hidup keluarga dari segi ekonomi dan mampu menggembleng potensi individu yang masih mencari peluang pekerjaan serta meningkatkan kemahiran diri sendiri.

PSH memberi impak yang besar kepada masyarakat di mana terdapat peserta kursus PSH kami menggunakan kemahiran yang dipelajari dengan menjalankan perniagaan secara atas talian serta menjadikan ia sebagai kerja sambilan. Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan keluarga.” Kata Puan Roszita binti Shamsuddin, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat.

“Sehingga 11 Oktober 2023 ini, peserta kursus PSH KKHL telah mencapai seramai 4555 orang. Antara kursus kemahiran yang mempunyai penyertaan tertinggi pada tahun ini adalah Kluster Katering dan Sajian iaitu seramai 1340 orang.”

Membudaya dan memperkasakan PSH telah menjadi salah satu fungsi dan peranan Kolej Komuniti Hulu Langat. Bagi memastikan PSH sentiasa dinamik dan dapat memupuk minat individu untuk kehidupan yang lebih bermakna, KKHL telah mengambil inisiatif bagi melaksanakan kursus PSH berimpak tinggi melalui pelbagai kluster pilihan kursus seperti kluster katering dan sajian, sains kesihatan, komputer dan teknologi maklumat, kecantikan dan dandanan, elektrik dan elektronik dan sebagainya. Pihak KKHL berharap melalui PSH, pemikiran dan sikap ingin tahu dapat dilahirkan dalam kalangan individu bagi mencapai matlamat membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...