BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

KPDN perkasa penguatkuasaan tangani ketirisan subsidi dan amalan kartel – Armizan

269

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan yang memberikan fokus kepada usaha melaksanakan reformasi ekonomi dan memperkasa rakyat.

Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN terus komited untuk bersama menggerakkan agenda subsidi bersasar khususnya dalam konteks mengurangkan ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penguatkuasaan.

“KPDN akan memastikan peruntukan sejumlah RM10 juta yang disalurkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan digunakan untuk memastikan amalan kartel dan pakatan harga yang memberikan impak negatif kepada rakyat dan negara akan dapat diatasi dan ditangani dengan lebih berkesan.

Selain itu, bagi memastikan produk-produk tempatan mendapat tempat di hati rakyat, usaha pembelian produk tempatan akan diperhebatkan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui peruntukan sebanyak RM12 juta. Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport yang menerima peruntukan sebanyak RM10 juta akan menjadi platform bagi francaisor tempatan mengembangkan perniagaan dan jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa.” kata Armizan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kebajikan penduduk luar bandar akan terus diberi perhatian dengan memastikan ketersediaan bekalan barang keperluan asas menerusi Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming.

Katanya, sebanyak RM225 juta diperuntukan bagi membiayai program sedia ada termasuk peluasan ke kawasan baharu antaranya di Zon Abai, Sandakan, Sabah dan Engkerabai, Mukah, Sarawak.

“Bagi menjamin rakyat terus mendapat pembelaan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, Program Payung RAHMAH yang telah dilaksanakan bermula tahun 2023 akan diperkasakan pada tahun 2024.

Peruntukan sebanyak RM200 juta akan disalurkan untuk pelaksanaan Program Jualan RAHMAH dan Pasar RAHMAH bagi membolehkan golongan sasar daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah.” ujar Armizan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...