Home MY LNA Ekonomi @ My LNA SPT dilancarkan secara rasmi
Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

Kredit Foto UKK KKR

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau
Mastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID).

“Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos 2023 bagi menguji kefungsian dan keberkesanan sistem.” ujar KKR.

Maka mulai hari ini, pengguna kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh membuat bayaran tol secara SPT di lebuh raya berikut :

i) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
ii) Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
iii) Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH);
iv) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE);
v) Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP);
vi) Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT);
vii) Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
viii) Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART);
ix) Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX);
x) Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE); dan
xi) Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE).

Dalam pada itu, pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2023 bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya.

Pengurusan PLUS Malaysia Berhad turut diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Pay heed to your children’s bad breath

By: Prof. Dr. Mohammad Tariqur Rahman Many of us wake up early...

Isu SemasaMY LNA

MOTAC kemaskini Senarai Amaran Entiti Yang Telah Melanggar Akta 482

PUTRAJAYA, 7 Disember 2023 – Tindakan wajar akan diambil mengenai insiden penipuan...

Gaya Hidup @ My LNAMuzik dan HiburanMY LNA

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 – Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim...

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...