Belia & My LNABM @ MY LNAUTAMA

Impact Malaysia berjaya membangkitkan semangat 864 orang Changemaker muda melalui lawatan pertama Jelajah Impact

290

SHAH ALAM, 21 September 2023 –  Jelajah Impact telah memulakan lawatan pertamanya semalam bersama 864 peserta di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13 Shah Alam.

“Jelajah Impact: Edisi Changemaker” adalah program outreach yang terdiri daripada bengkel separuh hari di 6 institusi pendidikan tinggi di mana peserta akan didedahkan dengan isu-isu sosioekonomi, cerita perubahan dan bagaimana seseorang anak muda boleh menjadi sebahagian daripada pembuat perubahan tersebut menerusi program Jelajah Impact.

Jelajah ini dianjurkan khusus untuk menarik minat peserta terutamanya para belia bagi menyertai Akademi Impact iaitu program inkubator khusus untuk changemakers. Jelajah Impact dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan UniKL. Seramai 50 orang peserta Jelajah Impact akan dipilih untuk menyertai Akademi Impact yang dijangka akan dijalankan pada November 2023.

Pada tahun 2022, Impact Malaysia telah berjaya mengadakan Jelajah Impact dengan tema berkaitan belia seperti literasi kewangan dan keusahawanan belia. Kali ini, Jelajah Impact akan diadakan di Lembah Klang kerana kebanyakan institusi pengajian tinggi Malaysia yang menawarkan kursus kerja sosial terletak di sekitar ibu negara.

“Misi kami jelas: iaitu, bagi membantu meningkatkan kesedaran dan membangkitkan rasa tanggungjawab dan pemilikan yang mendalam di kalangan belia, memberi kuasa kepada mereka untuk mencipta perubahan positif yang diingini dalam komuniti. Kami akan membekalkan mereka dengan pengetahuan dan tools yang diperlukan bagi mencipta perubahan ini,” kata En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia.

“Kami mengalu-alukan lebih banyak institusi pendidikan, persatuan, dan masyarakat untuk memanggil Jelajah Impact bagi belia, dan kami memperluas undangan kami kepada sektor swasta untuk bergabung dengan kami dalam membina para perubah muda ini. Bersama-sama, kita akan membudayakan generasi changemakers muda yang bersemangat, yang akan mendorong transformasi positif dalam masyarakat kita,” tambahnya.

Jelajah Impact: Edisi Changemaker terdiri daripada dua (2) sesi penting, dengan objektif untuk memperkenalkan isu sosio-ekonomi kepada belia dan berkongsi alat bantu untuk para peserta merangka projek impak sosial, yang boleh berguna kepada pelajar yang mengambil kursus kerja sosial sepanjang semester ini.  Dua (2) sesi tersebut adalah:

SesiMaklumat
Pentas Nyala (1 jam)  Sesi perkongsian mengenai isu-isu sosio-ekonomi dan alam sekitar oleh NGO / syarikat sosial, diikuti dengan perbincangan yang interaktif.  
Takeover (1 jam)Sesi bengkel selama 1.5 jam tentang bagaimana anak muda boleh mereka suatu projek impak sosial. Peserta akan didedahkan kepada model utama Alat Bantu Impact Malaysia “Canvas Model Impak” dan alat bantu lain-lain untuk membantu pembangunan changemakers bagi mencipta program yang akan memberikan impak yang besar dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, Jelajah Impact akan menemui pelajar di Kolej Komuniti Selayang pada 11 Oktober 2023.  Impact Malaysia sentiasa mencari rakan untuk membawa Jelajah Impact ke institusi dan komuniti yang memberi tumpuan kepada belia. Sila hubungi kami di connect@impact.my untuk maklumat lanjut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...