AMBM @ MY LNATenaga @ My LNAUTAMA

Menteri KPKT rasmi Loji Tenaga Boleh Baharu Berkapasiti 12MW (megawatt) terbesar di Malaysia

196

HULU SELANGOR, 20 September 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) pada pagi semalam dan seterusnya merasmikan Loji Tenaga Boleh Baharu Berkapasiti 12MW (megawatt) yang terbesar di Malaysia.

Ia merupakan satu inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Syarikat Berjaya Enviro Parks Sdn. Bhd (BEPSB) dalam memastikan kelestarian sistem pengurusan sisa pepejal negara yang lebih mampan di Malaysia.

Loji Waste to Energy (WtE) atau ‘Sisa kepada Tenaga’ adalah merupakan salah satu kaedah merawat sisa pepejal dan pada masa yang sama menjana tenaga boleh baharu. Loji WtE boleh menggunakan teknologi seperti Insinerator, Biogas, Anaerobic Digestor (AD), Mechanical and Biological Treatment (MBT) dan sebagainya.

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Tagar atau lebih dikenali sebagai Bukit Tagar Enviro Park (BTEP) telah beroperasi sejak April 2005. Ia merupakan tanah milik kerajaan yang berkeluasan 700 ekar tanah untuk tujuan pembinaan tapak pelupusan dan 1,000 ekar tanah lagi sebagai zon pemampan (buffer zone) yang mengelilingi tapak ini.

Menurut KPKT, tapak pelupusan tersebut telah direka bentuk untuk melupuskan sisa pepejal sebanyak 2,500 tan sisa pepejal sehari dan mempunyai jangka hayat melebihi 40 tahun. Sehingga kini, BTEP telah berjaya mengurus dan melupuskan kira-kira 17 juta tan sisa pepejal dari kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di tapak pelupusan itu, BTEP berupaya menukarkan gas metana daripada sisa pepejal kepada tenaga boleh baharu (renewable energy), di mana kira-kira 339 juta kWj tenaga elektrik disalurkan ke grid nasional.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

“BTEP merupakan loji pengeluar tenaga boleh baharu daripada gas tapak pelupusan yang terbesar di Malaysia. Penghasilan tenaga ini dapat mengurangkan 2.7 juta tan karbon di bawah skim Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism – CDM). Perkara ini adalah bersamaan dengan 43.6 juta anak pokok yang ditanam dalam masa 10 tahun, pengurangan penggunaan 296 juta liter petrol dan pengurangan sebanyak 570,000 buah kereta yang dipandu dalam tempoh setahun.

Inisiatif ini adalah selaras dengan sasaran negara untuk mencapai tenaga boleh baharu (renewable energy) sebanyak 40% menjelang tahun 2035 yang mana sektor sisa pepejal merupakan salah satu penyumbang kepada pencapaian
tersebut melalui teknologi WtE.” kata Nga Kor Ming.

Loji tenaga boleh baharu berkapasiti 12MW ini juga selaras dengan polisi kerajaan melalui KPKT untuk membangunkan sekurang-kurangnya satu (1) fasiliti pengurusan sisa pepejal berkonsepkan WtE di setiap negeri di Malaysia. Inisiatif-inisiatif baharu berkaitan pelaksanaan ekonomi kitaran, pemerkasaan teknologi, pembangunan WTE dan fasiliti pengurusan sisa pepejal akan terus dilaksanakan bagi memastikan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan akan datang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...