BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

KKR adakan Sesi Dialog Belanjawan 2024 bersama Penggiat Industri Pembinaan

170
Sesi Dialog Belanjawan 2024 Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Penggiat Industri Pembinaan. Foto dari FB rasmi Menteri Kerja Raya

KUALA LUMPUR – Satu Sesi Dialog Belanjawan 2024 Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Penggiat Industri Pembinaan yang dipengerusikan oleh Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah telah diadakan di Kompleks Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya Malaysia pada petang semalam.

Menurut KKR, Sesi Dialog tersebut bertujuan untuk mendengar dan berkongsi pandangan serta cadangan daripada penggiat industri berhubung Belanjawan 2024 – selaras dengan pendekatan Whole of Nation dan arahan Perdana Menteri untuk memastikan pandangan rakyat, masyarakat dan industri disambut baik dalam menjayakan Ekonomi MADANI.

KKR akan menyasarkan beberapa inisiatif di bawah Pemerkasaan Pendigitalan Sektor Pembinaan iaitu :

a) menjelang 2030, pertumbuhan sektor pembinaan dijangka mencapai sebanyak 10.3% menerusi Dasar Pembinaan Negara (National Construction Policy – NCP) 2030 dengan visi “Digitalising Construction Sector 2030”.

b) menyasarkan tahap adaptasi teknologi melalui penggunaan IBS dengan skor 70% bagi kedua-dua kategori projek Awam dan Swasta.

c) menetapkan pencapaian sasaran sekurang-kurangnya 50% Pihak Berkuasa Tempahan (PBT) diseluruh negara mensyaratkan Polisi IBS di dalam permohonan pelan bangunan menjelang tahun 2025 yang akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Manakala dibawah Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat, KKR akan menyasarkan:

a) Infrastruktur Asas Untuk Semua
b) menaik taraf dan memperkasa infrastruktur berdaya tahan bagi mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
c) Mengukuhkan penyenggaraan infrastruktur bertaraf dunia bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat
d) Pelaksanaan melalui Kempen MYJalan dan Aplikasi Aduan MYJalan.

Manakala di bawah Anjakan Mobiliti Sosial, KKR menyasarkan :
a) pembangunan modal insan sektor pembinaan – akreditasi dan pengiktirafan modul dan skil – latihan reskilling dan upskilling
b) meningkatkan kepakaran perunding dan kontraktor tempatan c) pemberian insentif dalam setiap rantaian proses pembinaan
d) mengkaji atau meminda semula perundangan, peraturan dan garis panduan dalam sektor pembinaan.
e) menetapkan sasaran 85% untuk tenaga kerja tempatan manakala peratus tenaga kerja asing dikurangkan kepada 15% berbanding 37% pada tahun 2022.

“Sesi dialog tersebut menyaksikan penglibatan seramai lebih kurang 130 orang mewakili pemegang taruh dan agensi kementerian yang berkaitan.

Berdasarkan pelbagai pandangan dan cadangan dari penggiat industri pembinaan, hasil sesi dialog ini akan diangkat ke Kementerian Kewangan untuk tindakan sewajarnya.” kata KKR.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...