AMBM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAKeluarga @ My LNAUTAMA

Perkhemahan Keluarga tingkatkan hubungan kekeluargaan

353

3 September 2023 – KBSMalaysia menerusi Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menawarkan program rintis berbentuk perkhemahan keluarga yang akan dilaksanakan di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan selaras dengan agenda untuk merakyatkan sukan.

Di sidang media yang berlangsung di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata tujuan pelaksanaan program rintis adalah untuk:

merakyatkan fasiliti KBS dan memberi manfaat kepada orang ramai untuk beriadah

• meningkatkan hubungan dan rasa tanggungjawab kekeluargaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta memupuk amalan nilai murni dan integriti keluarga demi keharmonian hidup; dan

• memupuk keseimbangan kerjaya dan kehidupan (work life balance)

Program ini diadakan secara percuma bagi bulan pertama bermula pada 1 hingga 30 September 2023 (setiap Sabtu dan Ahad). Pada masa akan datang akan dikenakan bayaran yang minimum atau pada kadar mampu bayar sebagai salah satu inisiatif Rahmah KBS dalam perihal belia dan sukan. Program ini terbuka untuk semua warganegara yang berminat dengan aktiviti perkhemahan.

Program Perkhemahan Keluarga merupakan inisiatif Rakan Muda yang menjadi platform pengisian masa berkualiti dan penyatuan perpaduan dalam kalangan belia. Menerusi gaya hidup Rakan Bumi program ini akan menjadi platform pendedahan dan penerokaan kepentingan dan penjagaan kelestarian alam dan iklim bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Aspek keselamatan dan SOP rekreasi dititikberatkan dengan mendapatkan kerjasama dan kolaborasi strategik dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Pejabat Kesihatan Negeri. Peserta perkhemahan dikehendaki akur dan patuh terhadap peraturan yang ditetapkan untuk kesejahteraan bersama.

Perkhemahan keluarga yang dirangka ini juga tertakluk kepada tema dan syarat seperti larangan merokok dan vape (rokok elektronik) dalam kawasan kem, menjada kebersihan kawasan perkhemahan dan bebas daripada pengaruh alkohol, penyalahgunaan dadah dan melakukan perkara terlarang.

Program ini juga akan diperluaskan ke enam buah Kem Wawasan Negara lain – Kem Wawasan Langkawi; Kem Wawasan Balik Pulau, Pulau Pinang; Kem Wawasan Ulu Kenas, Perak; Kem Wawasan Maran, Pahang; Kem Wawasan Kundasang, Sabah dan Kem Wawasan Besut, Terengganu.

Sekiranya orang ramai mempunyai pertanyaan mengenai Perkhemahan Keluarga boleh hubungi urus setia di talian 012-2724630/012-3846818 (Whatapps) atau layari laman sesawang www.i-lead.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...