AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kemasukan Pelajar ke Politeknik dan Kolej Komuniti Meningkat Hampir 20 Peratus

575

PUTRAJAYA, 27 OGOS 2023 – Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat sebanyak hampir 20 peratus pada Sesi Akademik I 2023/2024.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berkata ianya merupakan satu lonjakan yang agak besar.

“Statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos 2023 menunjukkan bahawa politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar, sesuatu di luar jangkaan kita.

Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 September hadapan dengan mensasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan enrolmen pelajar di politeknik dan kolej komuniti,” katanya.

Tambahnya, daripada 36 buah politeknik seluruh negara, 10 daripadanya turut berjaya mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu yang cemerlang apabila melebihi 100 peratus. Manakala daripada 105 kolej komuniti seluruh negara, sebanyak 24 kolej komuniti turut menerima kemasukan pelajar yang amat memberangsangkan.

“Data-data yang kita terima ini menunjukkan bahawa institusi kita adalah sangat kuat. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui JPPKK telah menyumbang lebih 40 peratus daripada guna tenaga TVET negara seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi,” katanya lagi.

Namun begitu, ujar beliau, JPPKK masih memiliki cabaran yang besar kerana pada ketika ini politeknik hanya mampu menerima 100,000 enrolmen pelajar.

“Seperti yang telah ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini bahawa pendaftaran atau enrolmen politeknik adalah seramai 120,000 pelajar menjelang tahun 2027.

Kita perlu mainkan peranan dan tanggungjawab tersebut dan kita perlu merancang daripada sekarang ke arah memenuhi enrolmen 120,000 pelajar di politeknik dan tidak termasuk kolej komuniti,” katanya.

Antara bidang pengajian yang mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti daripada calon lepasan SPM adalah seperti kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, senibina, teknologi makanan, teknologi maklumat (teknologi digital), teknologi kreatif, seni kulinari, bidang perdagangan dan bidang pelancongan & hospitaliti.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mengurus raksasa narsisisme di tempat kerja

Oleh: Nurfilzah Emily Mohamad Khairuddin Berhadapan dengan pelbagai jenis karakter individu adalah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...

AMBM @ MY LNAUTAMA

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri...