AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Malaysia kekal peneraju GIEI sembilan tahun berturut-turut

270

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2023: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Industri Ekonomi Digital Islam (IDE) 2023 bagi memupuk kerjasama dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor ekonomi digital Islam.

Menurut MDEC, IDE merupakan salah satu sektor penting dalam pengagihan kekayaan dan sumber yang inklusif selaras visi Malaysia MADANI.

“IDE juga merupakan salah satu daripada sembilan bidang tumpuan utama di bawah insiatif strategik nasional, Malaysia Digital (MD) dalam membantu MDEC memastikan hala tuju yang tepat menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).

Malaysia kekal sebagai peneraju Penunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama sembilan tahun berturut-turut, dipacu ekosistem halal yang pesat dalam sektor kewangan Islam, industri makanan-farmaseutikal-kosmetik halal, pelancongan mesraMuslim, media dan rekreasi.

Sektor ekonomi Islam ini dijangka mencecah nilai global sebanyak AS$7.7 trilion menjelang 2025.” kata MDEC menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambah MDEC, MD Tasree` turut diperkenalkan untuk menerajui penglibatan industri, penjanaan idea, mempromosi projek perintis, pengkomersialan penyelesaian teknologi dan menjadi saluran yang kukuh bagi agenda MD Pemangkin.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MDEC dengan Halal Development Corporation (HDC) dalam pembangunan teknologi digital Halal seperti Halal Assurance System dan Halal Traceability serta meningkatkan tahap penerimagunaan dalam kalangan usahawan dan perusahaan kecil, mikro dan sederhana.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...