AMBM @ MY LNALuar Bandar @ My LNAUTAMA

KKDW peruntuk RM12.8 juta untuk program pembangunan dan usahawan

466

NILAI, 23 JUN 2023 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM12.8 juta melibatkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.

KKDW dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan antara bantuan berkenaan ialah Bantuan Keseluruhan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Peringkat Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Jun ini berjumlah RM12.3 juta kepada 5,729 pekebun kecil.

Selain itu, sebanyak RM277,000 menerusi FELCRA Berhad dengan RM190,000 kepada enam penerima Program Premis Perniagaan.

Bagi Program Agro Pertanian dan Fertigasi kepada sebanyak RM87,000 diperuntukkan kepada 20 penerima.

Dalam pada itu KKDW turut menyerahkan RM188,000 kepada dua penerima menerusi Bantuan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

Bantuan tersebut diberikan hari ini pada program Sentuhan Kasih Desa (SKD) Negeri Sembilan di Dataran Nilai yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut hadir dalam majlis tersebut.
Program SKD akan turut diadakan di lima negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Sementara KUD@NS Fest yang diadakan bermula 22 Jun hingga esok mengetengahkan 12 usahawan desa di Arena Usahawan merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan dan tekstil.

Program berkenaan turut menyediakan ruang kepada usahawan luar bandar dalam memasarkan produk jualan melalui jualan langsung, pemadanan dan rancangan perniagaan selain mempromosikan produk dan perkhidmatan luar bandar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...