AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPerladangan @ My LNAUTAMA

LKTN komited perkasakan industri kenaf negara

221

BESERI, 12 JUN 2023 – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Siti Aminah Aching menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf, Beseri, Perlis hari ini.

Beliau hadir mewakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato Sri Haji Fadillah Yusof.

Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), MoU tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam program pembangunan industri kenaf melalui gerakan koperasi di Malaysia. Inisiatif itu dilakukan untuk menggalakkan penglibatan syarikat swasta yang berminat membuat pelaburan baharu dalam industri kenaf bagi mengurangkan kebergantungan terhadap insentif kerajaan untuk menjana pasaran yang lebih kompetitif dalam pelbagai segmen industri di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Pada tahun 2023, negeri Perlis telah menyasarkan penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih kenaf seluas 300 hektar melibatkan 150 orang peserta. Selaras dengan transformasi pekebun kecil sektor kenaf, LKTN memperkenalkan konsep pengeluaran berasaskan produktiviti kepada pekebun kecil, koperasi dan syarikat swasta.

Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf di Beseri berfungsi sebagai hab pengeluaran biji benih kenaf berkualiti bagi menjamin kemampanan bekalan benih kepada industri dengan kemampuan memproses biji benih melebihi 100 metrik tan.” kata KPK.

Sebelum itu, rombongan Trek Komoditi Zon Utara KPK telah melawat Pusat Industri Kenaf di Batu Bertangkup, Chuping. Ia telah dibangunkan pada tahun 2016, bertujuan meningkatkan nilai tambah dalam rantaian pengeluaran kenaf eterusnya menjana rezeki dan peluang pekerjaan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pekebun kecil tempatan.

Berkonsepkan pembangunan secara menyeluruh di sepanjang rantaian nilai sehingga ke pemasaran (seeds to market), pusat tersebut turut menjadi pemangkin ekonomi di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Negeri Perlis merupakan salah sebuah negeri yang sesuai untuk penanaman kenaf bagi pengeluaran biji benih berdasarkan struktur agroekologinya. Aktiviti penanaman kenaf dilaksanakan secara berjadual pada bulan September dan Oktober sementara proses penuaian pula bermula pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

Kementerian melalui LKTN komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi bertujuan memperkasa industri kenaf negara agar terus berdaya saing bagi menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada rakyat selain menyokong komitmen negara dalam agenda kemampanan global.” ujar KPK.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...