AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

Fadillah lawat tapak pemprosesan biji koko di Kedah

384
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai bersama pengusaha tanaman koko di Kodiang, Kedah. Kredit foto UKK KPK

KEDAH, 11 JUN 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai bersama pengusaha tanaman koko di Kodiang, Kedah sempena Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung) anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), hari ini.

Sesi tersebut berlangsung di lokasi kediaman salah seorang pekebun kecil koko di Kampung Kubang Menerung, Padang Serai, Kodiang iaitu Encik Zulkifli bin Romli. Beliau telah mengusahakan tanaman koko sejak tahun 2015 menerusi program pembangunan koko Lembaga Koko Malaysia (LKM). Encik Zulkifli merupakan salah seorang daripada 14 orang pekebun koko di Kedah. Keluasan kawasan penanaman koko di negeri tersebut berjumlah 4.38 hektar, meliputi daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.

Timbalan Perdana Menteri turut melawat tapak pemprosesan biji koko termasuk kotak pemeraman biji koko basah dan pelantar pengering.

Cabaran isu-isu penanaman koko seperti kos input pertanian yang tinggi mengakibatkan pembajaan yang terhad serta isu kekurangan golongan belia yang berminat untuk meneruskan usaha menanam koko telah disuarakan oleh pekebun kecil sektor koko semasa sesi tersebut.

Pada masa ini, jumlah keluasan tanaman koko negara adalah seluas 5,985 hektar, iaitu 3,444 hektar di Sabah, 1,454 hektar di Sarawak dan 1,087 hektar di Semenanjung. Bagi tahun 2023, LKM merancang untuk membantu petani membuka kira-kira 200 hektar kawasan tanaman koko baharu iaitu 110 hektar di Sabah, 80 hektar di Semenanjung dan 10 hektar di Sarawak.

Kementerian melalui LKM terus komited dalam melaksanakan program bagi merancakkan pengeluaran biji koko, antaranya mempertingkat keluasan kawasan penanaman bagi menjamin kelangsungan sektor koko negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...