AMBM @ MY LNAUTAMA

Kuota Haji Malaysia diterima daripada Arab Saudi adalah 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M

93

PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar berkata bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan oleh Kerajaan Arab Saudi, beliau telah mengadakan mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia pada 9 Januari 2023.

Katanya dalam satu kenyataan semalam, mesyuarat khas tersebut berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M.

“Di dalam mesyuarat tersebut, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah telah memuji negara Malaysia khususnya pihak Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal
jemaah Haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada Kerajaan Arab Saudi.

Sehubungan dengan itu, saya sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kuota Haji Malaysia yang diterima daripada Kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.” kata Dr. Hj. Mohd Na’im.

Tambah beliau, bagi pihak Kerajaan Malaysia, beliau berasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini.

“Saya yakin penilaian telah dibuat dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal-bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin semasa menunaikan rukun Islam yang ke-lima.

Saya ingin memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan semoga pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...