Politik @ My LNA

PEMILIHAN UMNO: SEMUA PERINGKAT WAJAR DIPERTANDINGKAN DEMI MARUAH PARTI

385

KUALA LUMPUR, 24 Disember 2022 – EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menegaskan agar pemilihan UMNO yang akan berlangsung tahun depan, wajar dipertandingkan untuk semua peringkat termasuklah Presiden dan juga Timbalan Presiden.

Semasa 13 Disember lalu, Notis Khas dikeluarkan oleh Setiausaha Agong UMNO tentang Perhimpunan Agung Khas UMNO yang dijadual berlangsung pada 13 Januari 2023 seakan-akan ingin membiarkan perkara ini berlaku dan ini sebenarnya akan merencatkan lagi demokrasi parti.

Ini bukan parti keluarga. Ini parti yang mempunyai ahli lebih 3 juta. Jadi amat tidak wajar, perkara ini dibiarkan.

Hari demi hari, semakin kuat kedengaran ura-ura satu usul khas akan dibahas seterusnya diluluskan dalam Perhimpunan tersebut, iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam Pemilihan UMNO akan datang.

Saya melihat kenyataan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian (Beruas, Sg Besar & Pasir Salak) yang secara jelas sebut tidak mahu jawatan Presiden dan Timb Presiden dipertandingkan tahun depan, mahupun secara samar-samar cadangkan sebegitu.

Sekiranya benar, UMNO jelas makin hilang arah dan identiti perjuangan. Ia juga bakal menjadi satu lagi episod hitam UMNO selepas kalah teruk PRU ke-15. Kita bukan menang besar semasa PRU 15. Sekiranya menang sekalipun, ianya tetap wajar dipertandingkan.

Setiap tiga tahun kita mengadakan pemilihan parti. Kali terakhir tahun 2018, 150,000 perwakilan mengundi memilih pimpinan baharu di peringkat Bahagian dan Pusat. Jika dulu sebelum PRU-15 kita tidak mengadakan pemilihan atas alasan tidak mahu perpecahan dalam parti dan fokus PRU, sekarang pun tidak boleh? Habis bilanya nak ada pemilihan parti? This is a mockery to our party’s constitution. Ahli akan marah, rakyat pula gelakkan kita dari luar. Kalau betul-betul ingin melakukan perkara demikian, lebih baik semua jawatan termasuk semua Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Pemuda Puteri dan semua peringkat tidak perlu bertanding.

Presiden kita sekarang, Zahid Hamidi juga Presiden pertama yang membenarkan jawatan Presiden dipertandingkan pada tahun 2018 selepas kali terakhir jawatan ini dicabar dalam pemilihan parti tahun 1987.

Ia bukti UMNO semakin matang dan demokratik seiring usianya. Tiada pun masalah timbul tahun 2018. Yang menang dihormati, yang tewas kekal bersetia.
Jadi, kenapa kita tiba-tiba ingin ambil langkah kuno ke belakang? Sedangkan, kita kalah teruk PRU-15, yang jelas lebih menuntut perubahan dan pembaharuan.

Sebelum ini Dato’ Seri Nazri Aziz, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas menegaskan agar UMNO tidak menyekat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden untuk dipertandingkan sebagai tanda menghormati demokrasi parti dan menjaga maruah Presiden dan Timbalan Presiden.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...