AMBM @ MY LNA

Armizan lawat lokasi terjejas banjir di Sabah

59
Kredit Foto - JPN

24 Disember 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali membuat tinjauan lapangan bencana di Kampung Tanjuang Aru Baru, Kota Kinabalu. Kejadian air pasang besar dan angin kencang yang berlaku sejak 2 hari lepas telah menyebabkan sekurang-kurangnya 3 buah rumah roboh manakala 27 lagi mengalami kerosakan. Jumlah mangsa yang terlibat adalah sebanyak 210 orang daripada 39 keluarga. 

“Saya amat bersimpati dengan musibah yang berlaku termasuk kesan di kawasan Pulau Gaya juga dalam daerah Kota Kinabalu, dan daerah Pitas serta bencana banjir di daerah Kota Belud. 

Setakat ini, daerah yang terkesan dengan bencana banjir dan air pasang besar di negeri Sabah adalah sebanyak 3 daerah iaitu Pitas, Kota Belud dan Kota Kinabalu. Ia melibatkan pembukaan 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan jumlah mangsa yang terlibat sebanyak 674 orang daripada 164 keluarga. Manakala bagi negeri Sarawak pula, jumlah daerah yang terkesan adalah sebanyak 4 daerah iaitu Betong, Kuching, Samarahan dan Serian melibatkan pembukaan 17 PPS dengan jumlah mangsa yang terlibat sebanyak 1,150 orang daripada 298 keluarga. 

Laporan terkini bencana banjir hari ini di seluruh negara, 24 Disember 2022 (Sabtu) sehingga jam 2.00 petang menunjukkan jumlah negeri yang dilanda banjir telah menurun kepada 6 buah negeri dengan penutupan semua PPS di Selangor dan Pahang. Jumlah mangsa yang terlibat adalah sebanyak 27,736 orang melibatkan 8,666 Keluarga ditempatkan di 153 PPS. ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan Luruan Kedua Monsun dijangka berterusan sehingga 27 Disember 2022. Amaran Hujan Berterusan siri ke-7 yang dikeluarkan pada 14 Disember 2022 masih berkuat kuasa bermula 17 Disember 2022. Manakala tiga Amaran Ribut Petir dikeluarkan di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan. 

Setakat jam 9.00 pagi, 24 Disember 2022, tiada kemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dan Amaran Ribut Petir dikeluarkan. Hujan berterusan di Sarawak dijangka beransur reda dan akan tertumpu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir. Maklumat cuaca terkini MET Malaysia boleh dilayari melalui laman web rasmi Jabatan www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...