24 DISEMBER 2022 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau amatlah memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim yang ditekankan lagi akibat bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan.
Justeru, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya kepada perkara ini dan akan terus mendepani usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan Malaysia.
“Pakatan Harapan (PH) sememangnya sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, yang terbukti bukan sahaja melalui Manifesto PH, tetapi juga dengan cadangan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibuat pada 4 Ogos 2022 ketika dia masih Ketua Pembangkang.
Pembentukan sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti bahawa kerajaan ini sudah pun mengambil langkah segera dan positif ke arah mencorak masa depan yang lebih mampan.
Dalam pada itu, NRECC pada 19 Disember 2022 juga telah mencadangkan kepada Speaker Dewan Rakyat, pembentukan satu Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Matlamat utama Jawatankuasa Pilihan ini adalah untuk membantu kerajaan dalam mengesyorkan dasar yang jelas serta mengenalpasti kaedah-kaedah mitigasi terhadap perubahan iklim.” kata Nik Azmi dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.
Beliau turut memberi jaminan bahawa NRECC akan memperhalusi setiap komitmen kerajaan secara terperinci untuk memerangi perubahan iklim serta impaknya yang dahsyat.
“Pada masa yang sama, untuk krisis yang sedang melanda negara ini, NRECC akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawab memberi bantuan bencana banjir, seperti amaran awal melalui MET Malaysia dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS).
Kami akan terus menyokong dan membantu mengikut keperluan, setiap usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia serta agensi berkaitan. Kerajaan Persekutuan sedang mengambil langkah proaktif untuk membantu rakyat dan akan meningkatkan lagi respon sekiranya perlu.” ujarnya.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment