AMBM @ MY LNAPolitik @ My LNA

GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

78
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan bin Mohd Ali di Markas Pasukan SMART. Kredit Foto Azuddin

PUCHONG, 15 Disember 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa keahlian parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ibarat bermain dua kolam.

Menjawab soalan pemberita selepas sesi perjumpaan bersama NGO Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) di sini semalam, Armizan berkata sentimen masayarakat di Sabah adalah menginginkan supaya parti politik bergerak sebagai parti lokal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas)
Datuk Armizan bin Mohd Ali di Markas Pasukan SMART. Kredit Foto Azuddin

“Itu agenda yang kita inginkan sebab kita melihat landskap politik Malaysia pada hari ini, supaya dapat memperjuangkan agenda Sabah serta kepentingan negeri itu adalah lebih efektif melalui gagasan lokal.

Itu sebabnya kita tidak boleh menentang aspirasi yang diingini oleh majoriti masyarakat Sabah dan itu juga sebabnya kenapa kita menubuhkan dan menyertai GRS pada masa itu bagi membolehkan parti-parti lain menerima dan sedia untuk bekerja sama dengan kita

Sebagaiman di peringkat Nasional, di Sabah juga tidak ada mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian melainkan melalui kerjasama. Itu sebabnya kita mempunyai kerjasama dengan PBS, USNO, STAR, SAPP dan mereka ini mahukan kerja sama itu diteraskan kepada satu landasan parti politik lokal.

Dan itulah sebabnya kita menubuhkan GRS dan tidak ada persoalan bahawa kita bermain (dua) kolam . Kita punya sasaran adalah pengundi-pengundi Sabah.” jelas Armizan.

Tambah beliau dengan adanya penubuhan GRS itu maka sokongan daripada masyarakat di Sabah kepada gerakan mereka adalah lebih baik .

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam perlembagaan GRS ada dua komponen keahlian iaitu direct membership dan keduanya membership (melalui) parti-parti gabungan.

Jelas beliau lagi, penubuhan GRS adalah sebagai satu platform bergerak atas acuan agenda tempatan yang memegang empat teras perjuangan iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.

 

Lagi Berita Politik :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...