29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail (ADUN Jelai) atas perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.
AMANAH turut memandang Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman sebagai satu pertembungan Kerajaan Baharu Negeri Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.
“Atas semangat itu, Parti Amanah Negara melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional. Oleh yang demikian, Parti Amanah Negara yang juga sebahagian daripada Parti Komponen Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri bahagian N.42 Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri dan Nasional.
Bagi memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen Barisan Nasional dalam Pilihan Raya berkenaan.” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, semoga dengan kerjasama itu, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan Rakyat, Agama dan Negara.
Ikuti video ulasan Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku...
ByE NEWSSeptember 16, 2023Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...
ByE NEWSSeptember 15, 2023“Kita mesti mengingatkan diri sendiri bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP mestilah sentiasa...
ByE NEWSSeptember 14, 2023SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan...
ByAzmi SallehAugust 21, 2023
Leave a comment