Politik @ My LNA

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

154

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail (ADUN Jelai) atas perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Pahang.

AMANAH turut memandang Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman sebagai satu pertembungan Kerajaan Baharu Negeri Pahang dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.

“Atas semangat itu, Parti Amanah Negara melihat keperluan untuk mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional. Oleh yang demikian, Parti Amanah Negara yang juga sebahagian daripada Parti Komponen Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri bahagian N.42 Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat Negeri dan Nasional.

Bagi memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen Barisan Nasional dalam Pilihan Raya berkenaan.” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semoga dengan kerjasama itu, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan Rakyat, Agama dan Negara.

Lagi Berita Politik :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...