AMLuar Bandar @ My LNAPendidikan @ My LNA

TVET Mandat KPLB Dalam Memajukan Negara – Abdul Rahman

130

Lipis, 17 November 2022 – RM 6.7 bilion disediakan kerajaan di bawah Bajet 2023 untuk melaksanakan inisiatif di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Peruntukan ini yang terbesar setakat ini untuk golongan belia 18 tahun ke atas melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata bagaimanapun peruntukan tersebut yang dibentangkan dalam Bajet 2023 masih belum diluluskan di Parlimen dan memerlukan mandat kerajaan yang akan dibentuk kelak bagi meneruskan agenda TVET untuk negara.

Justeru, beliau berharap agar pengundi pada PRU-15 ini dapat mengundi Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan bagi meneruskan agenda TVET yang telah dirancang demi masa depan negara.

“Pada tahun ini, KPLB telah mendapat peruntukan yang besar di mana sejumlah RM 761.97 juta disediakan khusus untuk program TVET@KPLB.

Ini merangkumi program pendedahan TVET dalam kalangan pelajar terutama pelajar di luar bandar agar tidak ketinggalan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Sembang TVET@KPLB di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran, Encik Mohd Fariszan Ahmad.

Tambah beliau, negara maju seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Singapura sentiasa mengukuhkan TVET dalam sistem pendidikan mereka selain memastikan teknologi terkini diadaptasi demi kemajuan.

“Pendidikan TVET yang disediakan oleh kerajaan menelan kos yang besar memandangkan TVET ini adalah pendidikan yang berasaskan
kerja lapangan serta menggunakan keperluan peralatan teknikal yang terkini bagi memenuhi silibus dalam memenuhi piawaian semasa pihak industri.

Untuk itu, kerajaan menanggung lebih 70 peratus kos pengajian TVET ini bagi memastikan pelatih TVET mampu untuk belajar dalam persekitaran yang kondusif bagi melahirkan individu yang berbakat bagi memenuhi keperluan industri dalam dan luar negara”, ujar beliau lagi.

KPLB juga mempunyai institusi TVET terbanyak iaitu 280 buah di seluruh negara dengan menawarkan 515 program bagi memberikan pilihan kepada pelatih untuk mengikuti program yang disediakan berdasarkan kelayakan dan kecenderungan pelatih tersebut.

Untuk rekod, pada masa kini seramai 58,000 pelatih TVET@KPLB sedang mengikuti pengajian di Institusi TVET di bawah KPLB di seluruh negara.

Berita Luar Bandar :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...