Home AM KPLB Siapsiaga Pelan Tindakan Hadapi Kemungkinan Banjir Pada Hari Pengundian PRU15
AMPRU15

KPLB Siapsiaga Pelan Tindakan Hadapi Kemungkinan Banjir Pada Hari Pengundian PRU15

KUALA NERANG, 17 Nov – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya sudah bersedia dengan pelan tindakan bagi hadapi kemungkinan banjir pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketua agensi di bawah kementerian itu telah diberi taklimat berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diambil jika berlaku banjir pada hari berkenaan.

“Kita memberi arahan kepada Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif semua agensi. Agensi seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kedah, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Kelantan akan mengambil langkah-langkah yang perlu dan melaksanakan SOP yang sepatutnya.”

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pekebun Kecil RISDA Makmur Negeri Kedah dan ‘Kenduri Rakyat di Kampung Nako, Belimbing Kanan di sini, hari ini.

Mahdzir, yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun berharap proses hari pengundian berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik.

“Ada kemungkinan (jumlah pengundi yang rendah) boleh berlaku berikutan ramalan sebegitu (banjir) dan kita sudah tentu bimbang dengan ancaman banjir.

“Kita bagaimanapun menerima ramalan bahawa keadaan cuaca pada hari pengundian adalah baik pada waktu siang. Insyaallah, semuanya akan baik-baik saja, kita harap begitu,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda beberapa kawasan di seluruh negara bermula Ahad lalu sehingga hari mengundi pada 19 November.

Jabatan itu juga menjangkakan cuaca ekstrem memberi kesan kepada kebanyakan kawasan luar bandar, barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah terutamanya pada waktu petang sehingga ke malam dalam tempoh itu.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...