PRU15

Sokong Calon Parti Lawan, Dua Ketua Wanita Bahagian Digantung Keseluruhan Jawatan Sementara

195

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung keseluruhan jawatan di peringkat cawangan serta bahagian untuk sementara waktu akibat terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penggantungan ini selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkahlaku, sikap dan kecenderungan kedua-dua individu terbabit.

“UMNO ingin memaklumkan penggantungan sementara keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian dua Ketua Wanita UMNO Bahagian iaitu Datin Seri Shamsiah Yassin (Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau) dan Datin Seri Datuk Fatimah Kassim (Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran).

“Penggantungan ini adalah selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO kerana ada aduan sahih berkenaan tingkahlaku, sikap dan kecenderungan kedua-dua Ketua Wanita UMNO Bahagian terbabit secara langsung atau tidak langsung serta menyokong calon parti lawan pada PRU ke-15 ini,” katanya.

Katanya, butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat kepada Lembaga Disiplin dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap ahli-ahli UMNO sepanjang tempoh berkempen PRU ke-15 ini.

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat dalam masa terdekat apabila aduan ke atas kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin.

“UMNO ingin menegas, pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU ke-15 ini bagi memastikan tiada unsur-unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya lagi. – UMNO Online

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

PRU15

Jangan Buat Pilihan Bersandarkan Slogan Yang Dicanang Parti Politik Semata-Mata

PENDANG, 18 November 2022- Pengundi diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan...

Luar Bandar @ My LNAPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang...

AMLuar Bandar @ My LNAPRU15

Isu Tanah Pertanian Terbiar Di Luar Bandar Akan Diberi Perhatian

PENDANG, 18 November 2022 – Isu tanah pertanian terbiar dalam kawasan komuniti...