Politik @ My LNAPRU15

Lima aku janji dari Wee Ka Siong

146

BATU PAHAT, 12 November 2022 – Sebanyak lima aku janji untuk warga Parlimen Ayer Hitam termasuk menjadikan zon tengah Johor sebagai hab pengangkutan darat menerusi pembinaan stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di Ayer Hitam dilancarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong malam semalam.

Menurut laporan Bernama, Menteri Pengangkutan itu berkata menerusi aku janji berkenaan, beliau juga berhasrat menjadikan Yong Peng sebagai hab pertanian moden, menarik pelaburan dan mencipta kejayaan baharu, merancakkan sektor pelancongan serta melibatkan belia sebagai pemangkin masa depan.

Katanya beliau komited membantu golongan petani dengan mempromosi program pertanian moden khususnya di Yong Peng serta menyediakan latihan teknologi pertanian pintar selain menggalakkan industri perladangan seperti kelapa sawit, getah, durian dan buah-buahan bagi merancakkan industri dan menjana pendapatan rakyat.

Wee yang juga Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu berkata usaha menarik pelabur untuk membina kilang-kilang besar di Ayer Hitam pula akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Beliau akan menggabungkan keunikan alam semula jadi yang terdapat di Yong Peng, Paloh dan Bekok sekali gus menjadikan bahagian tengah Johor sebagai ‘Segi Tiga Emas Pelancongan’ untuk merancakkan sektor pelancongan.

Wee turut berjanji akan menawarkan lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan biasiswa untuk golongan belia.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...