AMPRU15

Tengku Zafrul akan panjangkan isu pemilikan tanah di Kg Keretapi kepada agensi-agensi berkaitan

220

BUKIT BADONG , 7 November 2022 – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini telah hadir di Kg. Keretapi, Bukit Badong bagi mendengar sendiri isu-isu yang dihadapi oleh para penduduk di situ.

“Kita seperti biasa turun di lapangan untuk mendengar dan menghayati dan kalau boleh cuba kita selesaikan isu-isu yang dihadapi dalam masa yang terdekat dan juga dalam masa yang panjang.

Di sini, salah satu cabaran yang dihadapi oleh penduduk di sini adalah isu tanah.

Jadi kita mendengar dan akan cuba panjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. ” kata beliau kepada pemberita selepas bertemu dengan para penduduk di situ.

Apabila ditanya mengenai sokongan para penduduk, Tengku Zafrul berkata apabila berada di lapangan beliau tidak pernah tanya siapakah yang akan disokong oleh mereka.

“Saya bila keluar tak tanya (penduduk) nak undi siapa. Kita hanya menjual manifesto kita yang menyatakan kalau kita dipilih, kita akan memberi sebaik mungkin perjuangan kita untuk membantu kebajikan rakyat dan juga pembangunan”. jelas Tengku Zafrul.

Jurufoto/Wartawan : Azuddin

Artikel Berkatan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...