Politik @ My LNAPRU15

Di Tambun, kita sebut ayor – Peja

226

21 Oktober 2022 – Timbalan Presiden Bersatu yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada hari ini mengeluarkan sebuah video yang dipercayai ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di Tambun kita sebut ayor .. dengar betul-betul … ayor bukan ayaq.

Terima kasih dan selamat datang ” katanya di dalam video tersebut.

Untuk pengetahuan Anwar dilahirkan di Pulau Pinang dan penduduk di situ dan juga di utara negara menyebut air sebagai ‘ayaq’.

Semalam Anwar Ibrahim mengesahkan yang beliau akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) berkata beliau memilih kawasan yang bukannya mudah untuk mendapatkan majoriti besar, selain rasa bertanggungjawab untuk melonjakkan gerakan PH di negeri-negeri utara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...